‘Tanpa kamu, saya tiada di sini…’, Ucapan Sharnaaz Ahmad pada Nabila curi perhatian netizen

‘Tanpa kamu, saya tiada di sini…’, Ucapan Sharnaaz Ahmad pada Nabila curi perhatian netizen.

Ucapan bersempena Hari Ibu yang dibuat pelakon, Sharnaaz Ahmad kepada bekas isteri, Noor Nabila dan bu tercinta, Datuk Marina Puteh mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37,

'Tanpa kamu, saya tiada di sini...', Ucapan Sharnaaz Ahmad pada Nabila curi perhatian netizen

Beliau berkata, kehadiran dua individu tersebut telah memberikan impak yang besar dalam hidupnya.

Malah, dia menyifatkan kejayaan yang dikecapi hari ini adalah disebabkan oleh Nabila dan Marina.

Kehadiran dua wanita ini (Nabila dan Marina Puteh) memberikan impak yang sangat besar dan ibarat hadiah dalam hidup saya.

Terima kasih mama dan mommy Nabila, tanpa kamu berdua, saya tiada di sini, tidak akan ada.

Terima kasih, selamat hari ibu. Dan juga kepada semua ibu dalam dunia ini. We love you!

Pada hantaran sama, aktor itu turut memuat naik beberapa foto ibu dan bekas isterinya buat tontonan umum.

Sementara itu, kakak kepada selebriti popular Neelofa itu sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan mengucapkan terima kasih kepada pelakon filem Polis Evo 3 itu.

Terima kasih Baba (panggilan Sharnaaz).

Netizen gembira

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya meluahkan rasa gembira melihat keakraban yang dipamerkan oleh Sharnaaz biarpun mereka sudah berpisah. Malah, ramai yang memuji tindakan Sharnaaz berbuat demikian.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

BACA:

Kecoh influencer disekat masuk hotel sebab payment tak cukup! Rupanya wedding planner yang buat hal

“Balik rumah, mak terus usap kereta adik, mak sedih sampai suap nasi pun mengigil, akhirnya mak dedah apa yang berlaku”