Tangguhkan dahulu kelonggaran, beri tumpuan vaksinasi

Tangguhkan dahulu kelonggaran, beri tumpuan vaksinasi.Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya menangguhkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi individu lengkap vaksinasi sehingga kadar jangkitan Covid-19 menurun secara ketara.

Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy menegaskan sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik.

Beliau berpendapat tiada siapa yang patut dibenarkan kelonggaran jika situasi masih belum selamat sepenuhnya.

“Kalau keputusan ini benar-benar berdasarkan sains, mengapa perjalanan rentas sempadan dibenarkan untuk mereka yang ingin berjumpa pasangan atau anak-anak mereka?” soalnya.

Dr Subramaniam berkata, jika situasi cukup selamat bagi individu lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan, maka setiap individu lengkap vaksinasi turut boleh dibenarkan kelonggaran tersebut.

Tangguhkan

Menerusi satu kenyataan semalam, pihaknya juga berharap kerajaan mengemas kini status vaksinasi individu berisiko tinggi bawah Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebarang kelonggaran sekatan perlu mengambil kira kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti petugas rumah penjagaan, pekerja kilang dan tapak binaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan dan pekerja asing tanpa dokumen yang belum menerima vaksin,” katanya.

Mulai hari ini, individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline mendapati enam negeri terbabit iaitu Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah masih jauh daripada mencapai imuniti kelompok.

Hanya antara 17.1 peratus hingga 32.4 peratus populasi dewasa di kesemua negeri terbabit sudah menerima vaksin lengkap sekaligus mendedahkan penduduk kepada ancaman penularan ganas virus Covid-19 varian Delta.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/tangguhkan-kelonggaran-sop-beri-perhatian-kumpulan-berisiko-tinggi-yang-belum-divaksin/

BACA: Gempar !!! Ahmad Maslan dedah strategi Zahid