Taktik kilang kimia buang sisa buangan ke longkang waktu hujan lebat dikesan

Taktik kilang kimia buang sisa buangan ke longkang waktu hujan lebat dikesan

Taktik kilang kimia buang sisa buangan ke longkang waktu hujan lebat dikesan. Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti berasaskan kimia bertindak melepaskan buangan yang tidak dirawat ke dalam longkang awam sewaktu hujan lebat bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dihidu pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor yang menjalankan pemeriksaan di Kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, dekat sini semalam.

JAS Negeri Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil langkah pantas dengan mengenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas kilang terbabit.

kilang

“Premis ini telah mengambil kesempatan melepaskan buangan yang tidak dirawat ke dalam longkang awam sewaktu hujan lebat.

“Jabatan Alam Sekitar amat memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/11/kilang-kimia-buang-sisa-ketika-hujan-lebat/

Jika Terlepas: Pas dakwa Presiden Umno rosakkan penyatuan ummah