Takkan lah lebai pun nak menipu – Hanipa

Takkan lah lebai pun nak menipu – Hanipa

Dalam surat Duta Khas PM yang berbahasa arab dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu kita boleh lihat beberapa penipuan dan pemendapan FAKTA . Antaranya :-

Dikatakan dalam surat tersebut lebih kurang 2 JUTA umat Islam menghadiri perhimpinan itu ( Perhimpunan Penyatuan Ummah).. Baiklah. Jom kita lihat FAKTA sebenar. Dalam laporan media yang quoted Bossku lapor hanya 25,000 orang sahaja yang hadir.

Even jika kita ambil angka orang yang tonton secara online Himpunan itu, kata AHMAD MASLAN ia hanya 700,000. So, kat mana datang angka 2 juta umat Islam tu? ( saya lampirkan the relevant info tsbt di sini sebagai eksibit ” A'”. )

Dalam surat itu juga dikatakan parti parti Kerajaan ( UMNO, MIC dan MCA ) berusaha pertahankan Kerajaan pimpinan Najib Razak yang dikatakan membawa dan mewarisi kerosakan pemerintahan sebelum ini seperti rasuah.. Ok. Jom kita lihat FAKTA material apa yang dipendam ?

Pertama, Beliau tak sebut bukan sahaja BN ( Umno, MCA dan MIC) yang cuba pertahankan kerajaan pimpinan Bossku tapi duta khas dan parti dia juga istiqamah dok pertahankan Kerajaan Najib tu ( lihat lampiran keratan laporan BH bertajuk “Hadi Sokong Najib Kekal PM” dan pengakuan Najib sebagai eksibit “B” ).

Kedua, duta khas kata kerajaan Bossku mewarisi kerosakan pemerintahan sebelum ini. Ok. Apa FAKTA yang beliau sembunyi? Isunya kenapa dia tak sebut sama sekali skandal mega rasuah, kleptokrasi, money laundering, salah guna kuasa yang Bossku juga terlibat hingga dibicarakan di mahkamah di zaman PH – the history making – ? Kenapa satu ayat tentang skandal 1MDB dan perbicaraan yang libatkan Bossku, isteri Bossku, peguam Bossku, mantan anggota kabinet Bossku , orang parti Bossku, pegawai awam yang kerja zaman Bossku langsung tak disebut dalam warkah “suci” tersebut. Why should you hide the truth bapak duta?

Dalam warkah ” suci” itu, duta khas juga sebut yang parti ehem tahu keburukkan2 yang ada dalam BN.. Ok. Soalan saya ” habis tu macam mana parti ehem di bawah kepimpinan dia masih boleh sokong sakan BN? ( walau ketika mereka jadi pembangkang ) dan kini hatta boleh bersama-sama dengan BN dan para “pengkhianat” dalam GPB? Bukankah ini FAKTA yang anda cuba pendam?

# TAKKAN LAH LEBAI NAK MENIPU.

YB Sepang.
5/4/2020.

Sumber :