Takkanlah hujah mufti sama taraf dengan ustaz sampul je

Takkanlah hujah mufti sama taraf dengan ustaz sampul je

Mulanya, saya rasa malas nak komen pun bila dia bercakap. Tapi bila dia pun dah bercakap MACAM tanpa fakta dan ilmu, maaflah, saya kena komen juga lah.

Fasal dia kata PM GPB atau GTA tu sah di sisi Perlembagaan,saya tak mahu ulas panjang sebab, bagi saya, dia mungkin hanya pernah dengar Constitution tapi tak mungkin pernah dengar istilah Constitutionalism!

Patutnya sebagai Mufti, dia kena selalu pilih yang terbaik dari yang baik Hasan wa ahsan حسن و احسن . Yang buruk dari awal tak relevan.

Jika nak kira sah sahaja banyak lagi yang boleh dihujah sah…sebab tu, beliau pun, saya yakin, tahu hatta dalam bab makanan dalam Islam, ulama sebut “halalan wa toiyyiban” حلالا وطيبا.. halal dan baik ..bukan setakat halal shj.

Bentuk gomen ikut Pintu Belakang atau Tebuk Atap dengan KHIANAT MANDAT RAKYAT itu boleh dihujahkan sah atau halal dari sudut Perlembagaan, tapi adakah cara itu cara yang beretika atau berakhlak? Adakah cara tu sama seperti PH tubuh Gomen melalui pilihan raya dan dapat Mandat Rakyat?

Tentang dia kata tentang Amanah yang di- dakwa ditubuhkan atas amalan lompat, begini JAWAPAN saya :-

PERTAMA, saya pelik bila Mufti tafsir sesuatu perkara tak lihat konteks. What a Shame !!! Takkan hujah mufti standard macam hujah setengah OSTAD SAMPUL parti ehem je!! Malulah!

KEDUA, takkan saya nak kena minta Mufti tolonglah baca kitab-kitab tafsir – كتب التفاسير untuk dia boleh lihat banyak contoh bagaimana para ulama tafsir ketika menafsir sesuatu ayat itu, kadangkala sebut ” kita kena lihat سياق الاية..-konteks ayat lah tu”-walaupun melibatkan topik atau subjek yang sama.

Sebenarnya bukan sahaja dalam tafsir. Dalam law pun kena begitu. Contoh ketika hakim nak tafsir kontrak atau perjanjian, hakim wajib lihat konteks.

Sebab itu ada beberapa kaedah tafsir law ni. Ada yang dinamakan tafsiran secara “literal rule”, ada yang kena baca secara “golden rule, ada cara “purposive rule” etc.

Sebab tu ada masa misalnyw perkataan “or” kena baca sebagai “and” ( dan ) , bukannya atau.

Dalam kitab Ibnu Qayyim al-jauziyyah-طرق الحكومية -ulama itu bawa satu kisah seorang kawan hakim yang lihat hakim mendengar kes tuntutan wanita ke atas suaminya di mana wanita itu memberi keterangan sambil kuat menangis.

Kata kawan hakim tu ” enta wajib bagi wanita itu menang sebab enta tak kesian ke lihat dia menangis tadi?”

Hakim menjawab ” Jika nak kira menangis, adik beradik Nabi Yusuf a.s lagi kuat menangis masa mereka aniaya Nabi Yusuf a.s dan mereka reka cerita palsu untuk tipu bapa mereka, Nabi Yaakob a.s. Maaf akhi, ana tak boleh hukum berdasarkan tangisan sahaja. ”

KETIGA, Ya, AMANAH dulu lompat dari parti ehem dan sekarang pula ada dari kalangan anggota GPB yang juga melompat. Tajuk yang sama -lompat- tapi konteks yang berbeza tuan mufti.

KEEMPAT, kami dari Amanah, pada masa tu bukan suka-suka nak melompat tuan mufti. Kami bukan lompa sebab nak jadi menteri! Kami tubuh parti baru , lagi kami susah. Ada di kalangan kami diminta pindah ofis oleh parti ehem with a very short notice. Ada yang kena fitnah katanya berzina dengan isteri sebab langgar baiah etc.

Kami kena lompat bagi nak elak terbabit dengan pengkhianatan MANDAT RAKYAT -yang pilih kami atas PR walau bertanding guna logo parti ehem. Yes, we took a painful risk…bukan kejar habuan. Seperti kata Presiden Amanah ” kita berpindah dari miskin kepada lebih miskin!!! ” So, jika tak tahu konteks, plse kunci mulut anda wahai tuan Mufti.

Fakta dan konteks tu kena faham dulu sebelum nak bagi ” fatwa”.

KELIMA, sekarang ni pihak yang lompat sebab Khianat Mandat Rakyat untuk bentuk GPB atau GTA. Konteks yang bezakan antara dua lompatan tu.Justeru , jika tuan mufti nak melompat buat kesimpulan, tolong kena lihat dan faham konteks ( سياق ) dulu ya.

KEENAM, tapi ada satu yang sama dan tak beza dari dulu- Parti Ehem. Dulu depa yang khianat PR ( and we did not want to be part of it ) . Sekarang ni depa sanggup SOKONG dan BERSAMA pihak yang KHIANAT MANDAT RAKYAT.

# TAKKAN LAH LEBAI NAK MENIPU

والله اعلم

YB SEPANG.
7/4/2020.