1. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia rancak dibincangkan sejak semalam setelah selesai pelantikan 12 orang pemegang lembaga amanah pertubuhan itu.
2. Organisasi itu yang lebih dikenali sebagai YADIM hangat diperkatakan di media massa dan sosial melibatkan pelantikan seorang ADUN DAP ke dalamnya iaitu YB Ustaz Syeikh Bagharib Bin Ali.
3. Mengejutkan, kebanyakkan yang mempertikai lantikannya adalah dari kumpulan PAS dan UMNO yang tidak senang dengan lantikan wakil rakyat dari DAP itu.
4. Agensi yang memfokuskan kepada dakwah dengan pendekatan yang berhikmah itu tidak pernah dipertikai lantikan oleh sesiapa, hatta semasa kerajaan Barisan Nasional, agensi ini tidak seorang pun ahli PAS UMNO yang mahu pertikai.
5. Kali ini galak lantikan YADIM mendapat tentangan daripada PAS dan UMNO, dengan bermodalkan sentimen agama yang diletakkan sasarannya pada DAP, mereka mengecam YB Ustaz Syeikh Bagharib dengan bahasa dan kutukan yang melampau.
6. Tidakkah kalian yang dari PAS sedar, YB Ustaz juga bekas ahli PAS dan memilih untuk bersama DAP di dalam arena politik selepas krisis perpecahan yang kalian dari PAS bangkitkan?
7. Jika nak dipertikai ilmu dan sijil, sudah tentu orang PAS lebih kenal batang tubuh ini. Usrah, tamrin mahupun daurah, beliau antara orang yang kuat tarbiyah. Sudah tentu juga pejuang-pejuang mahasiswa di bawah paying GAMIS kenal akan kegagahan batang tubuh ini dalam menggerakkan gerakan pelajar itu pada tahun 2007-2009.
8. Jika orang PAS yang mengenalinya pun sudah mempertikai kredibiliti, sudah tentulah sahabat cantumannya iaitu UMNO akan turut serta. Adakah mereka mahukan wakil dari PAS atau UMNO yang menjadi ahli lembaga pengarah?
9. Baguslah jika DAP yang dikatakan oleh pembangkang sebagai parti perkauman dan anti-Islam menyertai YADIM. Mudahlah YB Ustaz membawa elemen-elemen dakwah kepada sahabat-sahabatnya di dalam DAP, agar tidak terpaku dek sikap melampau agama PAS UMNO.
10. Pemuda AMANAH Melaka mengucapkan jutaan tahniah kepada YB Ustaz Syeikh Omar Bagharib atas lantikan tersebut. Moga usaha untuk menyampaikan dakwah Islam secara berhikmah dapat diperluaskan di Malaysia dengan lebih efektif lagi.
.
Firdaus Ali Nafiah
Naib Ketua
Pemuda AMANAH Melaka