Takiyuddin letak jawatan?, Ini penjelasan Khairuddin

Takiyuddin letak jawatan?, Ini penjelasan Khairuddin

Takiyuddin letak jawatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan meletakkan jawatan di sebalik konflik berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai lalu.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang.

“Takiyuddin tidak letak jawatan. Ini keputusan (pembatalan Ordinan Darurat) kolektif daripada Kabinet, bukan tindakan seorang Menteri sahaja.

“Tiada tukar jawatan, tiada tukar portfolio, beliau kekal sebagai menteri dan kita buat apa yang patut buat untuk rakyat dan negara,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi Program Vaksinasi untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Takiyuddin akan meletakkan jawatan selepas Ahli Parlimen pembangkang berulang kali mendesak beliau melakukan sedemikian.

Takiyuddin

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis bertukar bingit apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Takiyuddin meletakkan jawatan.

Kekecohan itu berlaku selepas Anwar membaca kenyataan terbaharu daripada Istana Negara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai lepas

Membacakan kenyataan tersebut, Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan pada 26 Julai lalu oleh Takiyuddin.

Anwar yang memetik kenyataan tersebut berkata, kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh Baginda.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/takiyuddin-tidak-letak-jawatan-kekal-sebagai-menteri-khairuddin-311975

BACA: PM letak jawatan, semua kabinet gugur secara automatik