Takdir Allah : Lepas “Langkah Sheraton” mereka berjaya, kita terkurung…

Takdir Allah : Lepas “Langkah Sheraton” mereka berjaya, kita terkurung…

PH jatuh ketika Covid19 sudah menyerang dunia. Peralihan kerajaan berlaku dengan penuh drama, sehingga ramai yang lupa Covid19.

Hari ini, kerajaan yg muncul melalui jumlah SD dan ditentukan dalam Istana, bukan di parlimen atau melalui peti undi, sedang berhempas-pulas melawan Covid19.

Setiap perancangan kerajaan, akhirnya akan disokong semua pihak. Tiada pilihan. Kita sentiasa bersikap positif. Mengkritik perancangan bukan bermakna bersikap anti-pembangunan atau berfikiran negatif jika matlamat akhirnya untuk kebaikan bersama. Untuk negara dan rakyat.

Adapun pasukan kesihatan, masih pasukan yg sama, hanya berbeza menteri dan timbalan2 menteri.

Ya, Allah taqdirkan kerajaan baharu bekerja penat untuk rakyat dan negara. Gangguan ekonomi yg bakal berlaku mungkin antara yg paling teruk dlm sejarah negara. Pimpinan tiada masa utk merayakan kejayaan memerintah Malaysia cara baharu ini. Selepas berjaya, berkurung pula.

Taqdirnya begitu.

Dalam situasi begini, kita perlu sama2 berganding bahu bagi mengharungi gelombang ini, wlpun dengan kapasiti dan medan yg berbeza-beza.

Perihal peralihan kuasa yg berlaku, belum sesuai masannya utk saya menulis panjang2 bagi mengecamnya. Kerana kita ada target bersama untuk dicapai.

Sumber FB :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1538260103008963&id=100004749638837