Tak sempat mengelak, lelaki maut dihempap kayu balak

sempat

Tak sempat mengelak, lelaki maut dihempap kayu balak.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas mengesahkan kes seorang lelaki yang maut dihempap kayu balak di sini, pada Isnin
.
Peter yang dihubungi Astro AWANI turut memaklumkan pihaknya telah menerima laporan polis dan sedang melakukan siasatan lanjut.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.

sempat

Kejadian itu mendapat reaksi ramai selepas rakaman yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa turut tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 12 minit itu memaparkan sebuah jentera sedang mengangkat kayu balak yang menghempap mangsa sebelum dialihkan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori berkenaan.

Bagaimanapun, sebatang kayu balak di atas lori berkenaan tiba-tiba tergolek dan terus menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-sempat-lari-lelaki-maut-dihempap-kayu-balak-319685

BACA: Varian Delta serang majoriti pesakit Covid-19 di Sarawak