Tak sangka! Rupanya Datuk Fazley Yaakob menantu kepada Datin Seri Rosmah yang ramai tak tahu.
CEF selebriti, pakar motivasi, hos dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob mengakui bersimpati selepas mengetahui ibu mertuanya,
Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley mendoakan agar segala proses akan dipermudahkan dan menyerahkan keputusan kepada pihak mahkamah untuk menentukan siapa yang bersalah di dalam isu ini.
“Beliau telah ditahan. Sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau.
“Simpati masih tetap wujud walau apa pun yang berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.
“Yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Biar mahkamah yang memutuskan,” tulisnya.
Rata-rata memuji sikap Fazley yang sentiasa terbuka dan mendoakan yang terbaik pada ibu mertuanya walaupun mereka sebelum ini mempunyai masalah dalam keluarga.
Penyanyi Datuk Fazley Yaakob sentiasa mendoakan agar ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor terbuka hati untuk menerima dirinya dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sebagai ahli keluarga.
Sebagai anak dan menantu, Fazley berkata, beliau dan isteri tidak pernah menyimpan perasaan tidak baik terhadap isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak itu malah menganggap Rosmah sebagai ibu kandungnya.
“Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya.
“Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga,” katanya kepada mStar Online.
Perkongsian Fazley mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.
Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah.
Azrena adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.
Dalam pada itu Fazley, 40, berkata, keterbukaannya mendedahkan keperitan hidup sepanjang 11 tahun mereka menjadi suami-isteri di Instagram baru-baru ini bukan berniat untuk membuka aib atau mencari kesalahan mana-mana pihak.
Sebaliknya kata Fazley, dia cuma berkongsi kisah sebenar kehidupan mereka sekeluarga kerana ingin menunaikan wasiat terakhir Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.
“Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak.
BACA:
Patutlah lambat-lambat bayar saman RM120,000, Sanusi risau hilang kelayakan bertanding PRN
Anak ‘King’ pula dedah macam mana saat akhir permergian Ridzuan Hashim undang sebak netizen