Tak sangka kulit telur boleh tukar jadi duit, ini caranya

Oleh INFORAKYAT

Tak sangka kulit telur boleh tukar jadi duit, ini caranya. KULIT telur biasanya akan dibuang begitu sahaja kerana dianggap sudah tidak berguna.

Namun melalui satu pendedahan di Twitter, kulit telur sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi.

Berkongsikan perkara tersebut, warga maya itu mengatakan kulit telur boleh dijual melalui platform e-dagang Shopee untuk menjana pendapatan tambahan.

Perkongsian asal di laman Twitter.

Tak sangka kulit telur boleh tukar jadi duit, ini caranya

“Baru tau rupanya kulit telur harganya lagi tinggi berbanding telur tu sendiri tau!

“Kulit telur yang dah diasingkan lagi bernilai sebab ada banyak kegunaan. Ada banyak company besar akan ambil kulit telur ni,” kata wanita itu.

Antara manfaat kulit telur antaranya adalah ia dapat dijadikan baja kepada tumbuh-tumbuhan kerana ia kaya dengan kalsium.

Kulit telur berguna sebagai baja untuk aktiviti bercucuk-tanam di rumah-rumah.

“Kulit telur kaya dengan kalsium dan mineral yang berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman. Kalsium penting untuk membina kekuatan yang sihat pada dinding sel tumbuhan.

“Kajian menunjukkan kalsium daripada kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.

‘Kalsium tambahan dapat membantu mencegah kerosakan pada tumbuhan. Selain itu baja daripada kulit telur adalah mesra alam dan tidak membahayakan,” kongsi wanita itu.

Kulit telur dihancurkan untuk menjadi serbuk baja.

Seterusnya warga maya itu berkongsikan tip mudah untuk menukarkan kulit telur menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan.

“Cara dia sangat mudah kalau nak tahu.

“Hancurkan kulit telur itu dan taburkan ke dalam lubang di tanah yang anda tanam anak benih,” jelas warga maya itu.

BACa:

Dah macam ajaran sesat pula! Ustaz selebriti minta pentaksubnya cium kaki tanda ‘wala’

Mak aii humble betul ni, rupanya ini ‘background’ Raja Azura bukan calang-calang rupanya