Tarikh luput pada produk makanan dan minuman adalah maklumat penting yang disediakan oleh pengeluar
Tujuannya untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti dan keselamatan produk tersebut.
Jika anda perasan, tarikh tarikh ini diletakkan di sisi produk makanan mahupun produk bukan makanan.
Label tarikh luput biasanya digunakan untuk produk-produk yang mudah rosak.
Seperti contoh makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi.
Kedua-dua jenis label tarikh luput ini juga memiliki perbezaan yang penting dan perlu kita beri perhatian kepada perbezaan ini kerana makanan dilabel sebegitu dengan sebab yang jelas.
Guna Sebelum” (Use by):
Label ini digunakan pada produk makanan merujuk kepada tarikh akhir di mana produk itu masih selamat untuk dimakan.
Biasanya, ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak seperti daging, susu, kek, roti, telur, dan sejenisnya.
Penting untuk diingat bahawa produk makanan yang diberi label sebegini perlu dibuang serta merta selepas tamat tempoh yang dinyatakan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan.
Baik Sebelum (Best Before)
Sebelum tarikh yang dinyatakan perlu digunakan produk tersebut untuk memastikan kualitinya masih terjaga.
Produk yang sudah melepasi tarikh ini mungkin telah mengalami penurunan kualiti, termasuk kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa, dan nutrisi asalnya dan tidak boleh dijual.
Namun tidak bermaksud sesuatu produk itu telah rosak kerana sebagai pelanggan kita mampu untuk melihat sendiri kondisi makanan itu apakah selamat untuk dimakan lagi dari segi rupa(berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…),warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
Jika perubahan berlaku pada produk tersebut, perlulah ia dibuang terus kerana tidak lagi selamat untuk dimakan.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:
Simpan produk di dalam peti sejuk kerana suhu yang rendah dapat melambatkan proses tindakbalas kimia dalam produk, serta memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Dengan menyimpan produk pada suhu yang sesuai, kita dapat memastikan kekualitan dan keselamatan makanan yang lebih baik.
Baca juga: “Naluri aku cakap suami aku ada perempuan lain, satu malam aku berdepan aku tanya rupa-rupanya…”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio