Tak sangka bawang putih sebesar itu

Tak sangka bawang putih sebesar itu

Seorang wanita di Southampton, England terkejut apabila bawang putih yang ditanam di halaman belakang rumahnya mempunyai saiz gergasi, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Brooke Spiller, 22, berkata, bawang putih itu berukuran 127 sentimeter dari hujung akar hingga ke daun paling atas.

bawang putih

Bawang gergasi ini melebihi tinggi anak pemilik kebun bernama Delilah dengan ketinggian 127 sentimeter. 

“Bawang ini lebih tinggi daripada anak perempuan saya, Delilah yang hanya berketinggian 90 sentimeter.

“Saya tidak pasti apa yang membuat bawang ini membesar dengan saiz luar biasa. Saya membajanya seperti tanaman lain,” ujar Spiller.

Tambahnya, benih bawang itu diberikan oleh rakan rapatnya dan ia ditanam pada Oktober lalu.

Menurut wanita itu, benih bawang putih itu diberi nama ‘Bawang Putih Gajah’ tetapi dia tidak menyangka ia ada kena mengena dengan saiz bawang yang dihasilkan.

Setakat ini, Spiller baru menuai 17 bawang putih daripada 24 benih yang ditanam dan dia mengakui berasa teruja menanti saiz yang bakal dihasilkan baki bawang putih tersebut.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/19/wanita-tuai-hasil-bawang-putih-gergasi/

BACA JUGA : Lelaki ditahan polis disyaki merogol dalam stadium