Tak puas hati dengan keputusan kerajaan, pembangkang baling organ babi dalam parlimen. Segelintir ahli politik dari parti pembangkang ‘membaling’ organ dalaman khinzir dalam Parlimen sebagai protes.
Membantah keputusan kerajaan untuk mengurangkan sekatan import daging haiwan itu dari Amerika Syarikat (AS).
Ahli politik dari Parti Kuomintang (KMT) melonggokkan sejumlah organ khinzir atas lantai sebelum melontarkannya kepada pihak kerajaan.
Kerajaan Taiwan sebelum ini mengumumkan untuk membenarkan pengimportan daging khinzir yang diberi makan suplemen ractopamine dari AS bermula 1 Januari depan.
Suplemen tersebut terbukti untuk menjadikan daging lebih berkualiti, namun penggunannya dilarang di Kesatuan Eropah dan China.
BACA:
Tukang kayu pakai bikini ketika bekerja buat hidung netizen berdarah
Hubungan Zarina dan tunang akhirnya terputus tengah jalan