Tak perlu lagi kerajaan perpaduan, CSA – Pemimpin Pas

Pas

Tak perlu lagi kerajaan perpaduan, CSA. Apabila kerajaan hilang majoriti berbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkannya demi rakyat dan masa depan negara.

Dalam suasana genting menghadapi pandemik ini kita tidak mampu untuk melihat urusan kerajaan terganggu lantaran kehilangan majoriti. Rakyat bosan dengan politiking, rakyat mahu penyelesaian dan mahukan kehidupan kembali normal.

Lalu diusahakan berbagai cara termasuklah ada yang mencadangkan dibentuk kerajaan perpaduan, di mana semua parti membentuk kerajaan tanpa pembangkang.

Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri (PM) ketika itu menawarkan CSA, perjanjian damai dengan pembangkang dengan pelbagai insentif termasuklah menaik taraf jawatan Ketua Pembangkang setaraf Menteri penuh.

Tawaran ini luar biasa. Tawaran ini jika diterima bakal merubah landskap politik negara di mana kerajaan minoriti kekal memerintah dengan dukungan dan sokongan pihak pembangkang.

kerajaan

Malangnya segala tawaran murni itu ditolak mentah-mentah oleh pembangkang khasnya Pakatan Harapan termasuk Warisan dan Pejuang. Mereka tidak mahu menyelamatkan kerajaan. Mereka mahu menjatuhkan kerajaan. Itu pilihan mereka.

Akibatnya PM terpaksa meletakkan jawatan dan serahkan segala urusan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Dan Agong pun telah melaksanakan pelan Baginda iaitu semua 220 Ahli PArlimen (MP) yang ada dititah memilih dengan rela hati calon PM masing-masing.

Sudah pasti Tuanku mahu lihat siapa yang memiliki majoriti lantas layak diangkat sebagai PM menurut lunas Perlembagaan.

Akhirnya 114 MP mewakili PAS, BN, Bersatu, GPS dan lain-lain telah mencalonkan MP Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM ke 9.

114 sudah melebihi angka majoriti mudah 111.

Bagaimana dengan idea kerajaan perpaduan dan tawaran CSA?

Segalanya sudah akademik dan tidak relevan lagi memandangkan calon PM sudah punya majoriti. Semoga negara dan rakyat terus selamat, aman dan sejahtera di bawah PM baru dan kerajaan barunya.

Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir
Setiausaha PAS Selangor

Berita Penuh : https://www.agendadaily.com/rencana/tak-perlu-lagi-kerajaan-perpaduan-atau-csa/

BACA: Bakal sertai kabinet Ismail Sabri? Ini jawapan Tengku Zafrul