Tak payah sambung PKP lagi, kami dah penat, luah rakyat

Tak payah sambung PKP lagi, kami dah penat, luah rakyat

Rata-rata rakyat negara ini meluahkan kemarahan mereka terhadap apa yang sedang berlaku ketika ini walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh fasa 1 dilaksanakan hampir sebulan, namun kadar jangkitan Covid-19 tidak menunjukkan penurunan di media sosial sejak semalam.

Terkini, laman sosial Facebook milik Kementerian Pertahanan mendapat perhatian rakyat apabila satu hantaran mengenai penyambungan (PKP) penuh palsu yang dimuat naik pengendali laman tersebut turut diserang netizen.

Sejak PKP penuh fasa 1 yang diumumkan pada 1 Jun lalu, seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah jangkitan baharu virus pembunuh ini setiap hari tidak pernah turun pada angka bawah 4,000 kes.

“Tak payah la sambung-sambung lagi, buang masa, benda gagal jangan diulang. Penat dah nak patuh, berapa lama lagi nak suruh orang duduk di rumah? Suri rumah kot.

“Agak-agak berapa lama lagi nak suruh kami duduk di rumah, budak-budak pun dah naik bosan dengan PKP tak sudah-sudah. Budak-budak pun dah pandai tak percaya. Macam bodoh berkorban untuk benda yang sia-sia,” jelas seorang netizen yang menggunakan akaun Shah Naochan.

Seorang lagi netizen pula berkata, jika mahu lakukan PKP penuh lakukan dengan betul, jangan ada lagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi seperti sektor kilang.

“Kami rakyat sudah penat, bukan kami tidak ikut, namun PKP kali ini gagal. Rakyat sudah muak. Hari ini kata palsu, esok pula umum PKP fasa 1 diumum bersambung.

“Kerajaan boleh tengok sendiri, kamu boleh tahu dan tengok data. Ramai rakyat dah mental dan kes bunuh diri bertambah, apa lagi yang kamu nak tunggu,” jelas Zaibidi Ghazal.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/26/jangan-sambung-pkp-lagi-rakyat/