Tak pakai facemask, TPM Australia kena kompaun

Tak pakai facemask, TPM Australia kena kompaun

Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce didenda kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Ia menjadikan Joyce antara individu berkuasa di Australia yang dikenakan tindakan itu susulan ketidakpatuhan kepada undang-undang.

Joyce dilihat tidak memakai pelitup muka ketika mengisi minyak di kawasan terletak 500 kilometer utara Sydney pada Isnin, kata polis.

Individu terbabit kemudian menghubungi pusat panggilan kecemasan sebelum pegawai bergegas ke stesen minyak berkenaan.

Pegawai mendapati Joyce yang berusia 54 tahun tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kedai stesen minyak, menurut kenyataan polis New South Wales.

Dia didenda $200 Dolar Australia (kira-kira RM646) atas kesalahan berkenaan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/724140/timbalan-pm-australia-didenda-tak-pakai-pelitup-muka

BACA JUGA : Hasrat mahu kahwin 3 terbantut, maut bila kemaluan dipotong