Tak mahu polemik politik berpanjangan, 40 NGO desak sidang parlimen Jumaat

Tak mahu polemik politik berpanjangan, 40 NGO desak sidang parlimen Jumaat. Satu gabungan hampir 40 NGO menggesa Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa dan budi bicara baginda dengan mengarahkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengadakan sidang Parlimen segera.

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Istana Negara pagi tadi, Gabungan Bertindak Rakyat Malaysia menggesa Muhyiddin memanggil Parlimen bersidang semula pada Jumaat berbanding bulan depan.

“Keputusan menangguhkan persidangan turut mencetuskan polemik politik dan kontroversi, lebih-lebih lagi kerana tiada rasional dan sebab signifikan untuk mewajarkan langkah itu.

“Kami menganggapnya Perdana Menteri cuba mengambil masa untuk membolehkan beliau meraih sebanyak mungkin sokongan daripada Ahli Parlimen,” kata penyelaras gabungan itu, Mustafa Mansor selepas menyerahkan memorandum itu kepada pegawai Istana Negara.

Ia adalah memorandum kelapan yang diserahkan gabungan itu sejak pentadbiran Muhyiddin mengambil alih kerajaan.

polemik

Mustafa menggesa pemandu mengadakan protes aman dengan mengibarkan bendera hitam atau putih dari kenderaan mereka, jika persidangan gagal diadakan pada Jumaat.

Tambahan, katanya, gabungan itu mahu Muhyiddin membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan Perikatan Nasional.

“Tindakan tegas perlu diambil, jika bukti menunjukkan beliau tidak mempunyai sokongan majoriti. Tindakan mesti diambil untuk menggantikan kerajaan PN yang gagal mentadbir negara.”

Beliau menegaskan Muhyiddin perlu mendukung demokrasi dengan membuktikan sokongan majoritinya, sama ada kepada Agong atau Dewan Rakyat.

Setakat ini, 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau akuan berkanun, menyebabkan beliau kekurangan majoriti.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/11/gabungan-ngo-mahu-parlimen-bersidang-jumaat-pm-buktikan-majoriti/

BACA: Panas !!! Beberapa siri mesyuarat politik Muhyiddin dilapor hari ini