Tajuddin bakal jadi duta Malaysia ke Indonesia?

Khabar angin menyatakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tersebut, namun dalam masa yang sama tidak menafikan mengenai perkara itu.

“Tak manislah saya buat sebarang komen lagi sekarang ini,” katanya.

Tajuddin bakal jadi duta Malaysia ke Indonesia?

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari atas undangan Presiden Joko Widodo.

Turut bersama dalam lawatan itu adalah Tajuddin di mana pimpinan berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma kira-kira 10.10 pagi tadi.

Antara lain, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut bersama dalam lawatan itu.

Lawatan ini merupakan lawatan sulung Perdana Menteri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

BACA JUGA : Panas !!! Lim Guan Eng dedah isu tukar kereta rasmi kerajaan
PAS mampu buat kejutan di Melaka – Takiyuddin

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Tajuddin bakal jadi duta Malaysia ke Indonesia? […]