Tahukan anda? Nasib malang akan menimpa jika anda tersebut nama pekan ini, ini kisah ramai nak tahu

Tahukan anda? Nasib malang akan menimpa jika anda tersebut nama pekan ini, ini kisah ramai nak tahu

sebuah pekan kecil yang terletak di selatan Itali dalam wilayah Basilicata. Pekan ini terletak di atas sebuah bukit yang dikelilingi Sungai Sinni.

Walaupun tampak indah dengan suasana semula jadi, namun pekan ini lebih dikenali dengan sumpahannya.

Tahukan anda? Nasib malang akan menimpa jika anda tersebut nama pekan ini, ini kisah ramai nak tahu

Nama Colobraro berasal dari perkataan Latin iaitu ‘coluber’ yang bermaksud ular yang dikatakan membawa lambang kejahatan. Penduduk tempatan tidak akan memanggil nama tersebut, sebaliknya mereka memanggil pekan itu sebagai ‘chillu paese’ atau ‘cudd puaise’ yang bermaksud ‘kampung itu’.

Ya, penduduk tempatan amat takut untuk menyebut nama pekan tersebut kerana bimbang akan terkena kutukan. Ia dikaitkan dengan pelbagai insiden buruk yang berlaku di pekan ini.

Kemalangan kerap berlaku, begitu juga bencana tanah runtuh. Bahkan, ada bayi yang lahir dengan dua jantung dan tiga paru-paru di pekan ini juga dikatakan sebagai petunjuk nasib malang yang melanda pekan tersebut. Begitulah kuatnya kepercayaan masyarakat di sana sehingga mereka sangat takut untuk menyebut nama Colabraro itu sendiri.

Penduduk pekan ini sangat takut untuk menyebut nama Colobraro.
Selain pelbagai tragedi buruk yang dikaitkan dengan nasib malang, pekan ini juga terkenal dengan kisah-kisah yang menguatkan lagi kepercayaan penduduk terhadap kutukannya.

Sekitar tahun 1940-an, seorang lelaki dari pekan itu, Biagio Virgilio yang merupakan seorang peguam ketika perbicaraan dengan sombong berkata, jika dia tidak memenangi kes itu, maka lampu candelier di mahkamah tersebut akan jatuh. Tidak lama dia berkata demikian, candeliar di mahkamah itu benar-benar jatuh berderai.

Dikatakan daripada situ bermula pelbagai perkara yang menakutkan dan kemalangan aneh yang yang dikaitkan dengan nasib malang kepada pekan tersebut. Ini juga termasuk kisah ahli sihir digelar ‘La Cattre’ yang dikatakan tinggal di pekan ini dan dikaitkan dengan sumpahan.

Bukan hanya penduduk tempatan, banyak kejadian pengunjung luar yang datang ke situ juga ditimpa musibah seperti kemalangan menguatkan lagi kepercayaan tersebut.

Pekan Colobraro.
Malah, masyarakat yang berjiran dengan Colobraro juga menganggap penduduk pekan tersebut adalah komuniti yang dikutuk dan membawa nasib malang. Bukan itu saja, jika melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju di pekan ini, polis juga tidak akan mengeluarkan saman kerana takut nanti hidup mereka pula ditimpa malang.

Pun begitu, pekan ini tetap dikunjungi orang luar. Ada antaranya yang memang tertarik dengan kisah mistik di sini yang juga digelar sebagai salah satu pekan terkutuk di Eropah.

Apa yang pasti jika berkunjung ke sini, syhhhhh…. Jangan sesekali sebut nama ‘Colobraro’ jika tidak mahu ditimpa nasib malang.

BACA:

‘Ibu sempat hidup 4 hari sebelum menutup mata’, 4 beradik terlibat nahas pesawat ditemui hidup lepas 40 hari dalam hutan