Tahniah Pok Ya Cong Codei, terpilih jadi Duta anak seni Kelantan. Kerajaan Kelantan menobatkan Sabri Yunus atau lebih popular dengan watak drama bersiri Pok Ya Cong Codei sebagai Duta Anak Seni Kelantan sempena Malam Himpunan Dikir Barat 2022.
Sabri yang merupakan pelakon dan pengarah terkenal ini merupakan salah seorang daripada 24 penerima anugerah menerusi sembilan kategori yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri khususnya kepada penggiat seni budaya iaitu dikir barat.
Selain Sabri, Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu, Tuan Kob Raja Saring dan lain-lain ikon dikir barat turut menerima pengiktirafan.
Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad berkata, penganjuran Malam Himpunan Dikir Barat telah berjaya mencapai objektif iaitu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang telah mengharumkan nama negeri Kelantan.
“Kerajaan negeri sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, selain acara tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim penggiat seni dikir barat seluruh Kelantan.
Beliau berkata, ia secara tidak langsung dapat memartabatkan seni tersebut sebagai warisan budaya negeri ini agar tidak hilang dan pupus.
BACA:
Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?”
Sajat dedah wanita hinanya ‘pondan lorong’, “muka tak matching dengan mulut..”
Padah termakan ‘serbuk putih’, bayi kini dalam kritikal