Tahniah Kedah !!! Dapat pelaburan RM42 bilion, tapi pelaburan apa?

Tahniah Kedah !!! Dapat pelaburan RM42 bilion, tapi pelaburan apa?

Alhamdulillah, berita gembira untuk rakyat Kedah menjelang bersambungnya PKP 3.0 di seluruh negara.

Namun, saya reserve dulu komentar saya sebentar, sehingga pelaburan yang dikatakan itu diperincikan, iaitu butiran pelaburan2 yg dikatakan masuk dan nilai pelaburan setiap satunya.

Kita juga perlukan INFO BILAKAH pelaburan luar yg dikatakan akan masuk itu, AKAN MASUK? Yang lain, saya tangguh dulu komentar saya…

Entah mengapa, tiba2 saya teringatkan pelaburan berkaitan REE di Kedah yang dikatakan bakal menjadikan Kedah sebagai ‘Wakanda’ di Asia beberapa bulan yg lalu…

Oghang luaq Kedah, hampa jangan dok loqlaq dan cemuru. Lepaih ni jangan terkejut kalau Raptor, Vellfire & Jaguar akan berselerakan di moka bomi Kedah, menggantikan gerek dan kapcai

May be an image of text that says 'iK INVEITRIGA Invest Kedah 2d 2d.' Kedah mencatatkan pelaburan tertinggi bagi kelulusan pelaburan masuk dengan RM43 bilion, diikuti oleh Selangor (RM8.6 bilion), Sarawak (RM6.9 bilion), Sabah (RM5.0 bilion) dan W.P. Kuala Lumpur (RM4.9 bilion) untuk suku pertama pada tahun ini. Pencapaian ini sangat memberangsangkan meskipun negara masih lagi dipalit cabaran ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya disebabkan oleh wabak COVID-19 Sejarah dilakar, tahniah kepada semua agensi yang terlibat dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor. #Investkedah #kedah'

Disini

Sumber: