Tahniah !!! Jokowi umum haramkan pembuatan minuman keras di Indonesia

Tahniah !!! Jokowi umum haramkan pembuatan minuman keras di Indonesia

Sebuah keputusan yang berani dan drastik daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini apabila beliau mengumumkan Indonesia secara rasmi telah menarik balik pembuatan alkohol daripada senarai pelaburan berpotensi negara.

Difahamkan langkah yang dibuat melihatkan kepada majoriti rakyat negara tersebut yang terdiri daripada umat Islam serta bantahan daripada kumpulan berkenaan.

Dimaklumkan sebelum ini menerusi Perundangan Mewujudkan Pekerjaan 2020 atau Perpres no. 10/2021, Indonesia telah membuka pelaburan industri pembuatan alkohol di republik itu.

Tindakan itu membuka kembali pelaburan tempatan dan luar negara dalam industri itu terutama di Bali, Papua, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi, yang sebelum ini adalah sektor tertutup. Walau bagaimanapun, pembukaan pelaburan industri pembuatan alkohol dikatakan telah mencemarkan imej Indonesia di mata dunia Islam.

Sehubungan dengan itu, Jokowi pada sebuah sidang media semalam memaklumkan untuk memansuhkan keputusan yang dibuat selepas meneriam maklum balas ulama, Majlis Ulama Indonesia (MUI), Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah dan beberapa pertubuhan lagi.

Keputusan yang dibuat bukan sahaja diraikan umat Islam di Indonesia, malah turut menerima pujian daripada negara-negara Islam yang lain.

Sumber:https://www.thevocket.com/akur-dengan-majlis-ulama-indonesia-haramkan-pembuatan-minuman-keras-beralkohol/