Tahfiz Agro : Sudah lama saya menantikan detik kesedaran ini

Langkah demi langkah. Lama Koi nanti untuk mendengar kelompok Agamawan berbicara tuntas tentang seni ternak warisan para Nabi dan Rasul. Bicara penuh komitmen.

Bicara yang di tegaskan dengan nas nas pemuliharaan alam sekitar dalam usha agro alami. Ia berlaku hari ini di hari Jumaat yang barokah.

Lama sudah Koi bicarakan perkara ini bersama Pentegar Kambing Ust Azrul Hakim, merangkap Mudhir Matqi. Koi pernah bilang sama Ust Azrul supaya jangan jadi tahfiz yang sentiasa minta sedekah. Maka kami berbincang akan konsep ternak yang berpandukan konsep penebaran risiko.

Idea nya ialah Ma’ahad Tahfiz bergerak mandiri dan memberi pendidikan percuma melalui program ekonomi pertanian dan ternakan. Ia mampu berkembang dan memangkin masa depan Food Security negara dalam pembekalan ternakan. Terbukti setelah lebih 4 tahun, jumlah kambing dan lembu tidaj berkurang malah mampu menampung kos pembelian tanah berhampiran.

Saya gembira sebagai rakan bersama Ustaz Azrul membangun konsep ladang tahfiz yang lestari, bebas kimia, bebas pathogen yang menyediakan sumber makanan yang halolan toyyiba kepada anak sekolah di Matqi

Selain ladang tahfiz kami juga sudah bersedia dengan model ekonomi perladangan pembebasan asnaf dari belenggu sara hidup dan ketergantungan kepada pemberian ikan tanpa kenal apa itu pancing.

Tahniah kepada warga Maahad Tahfiz MATQI yang akan menjadi model rujukan program pengembangan Agro Tahfiz di masa mendatang. Letih jerih di Matqi akan memangkin satu bentuk ekonomi ummah yang mapan.

There’s a light at the end of the tunnel. Masanya mungkin semakin hampir, Insyallah.

*** Penulis adalah seorang petani dan penternak yang Berjaya di Selangor