Tabung oksigen Hospital Slim River terbakar, pesakit melecur

Seorang pesakit lelaki melecur dalam insiden kebakaran tabung gas oksigen, di dalam sebuah bilik isolasi di Hospital Slim River di Tanjung Malim, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River digegaskan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan pada pukul 7.42 malam.

Menurutnya, lelaki berusia 48 tahun itu melecur sebanyak sembilan peratus di bahagian tangannya.

Oksigen

“Setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River di lokasi kejadian mendapati, kebakaran dalam bilik isolasi berukuran 15×20 kaki persegi, dengan anggaran kemusnahan membabitkan kira-kira lima peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran telah dipadamkan oleh kakitangan hospital itu dengan menggunakan alat pemadam api, sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jurucakap itu berkata pasukan bomba seterusnya membuat penilaian dan pemeriksaan menyeluruh, bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira 8.55 malam semalam.

BERITA PENUH DISINI

 

BACA JUGA :

Lelaki ini mahu bunuh wanita yang kelihatan gembira

“Tak sedar gosok gigi dengan pencuci muka”, penulis kongsi pengalaman ‘Long Covid’

Dua kes mati tergantung dalam rumah di Langkawi