Pemuda PH dilihat sangat lemah terumata dari segi kepimpinan, pencaturan dan kurangnya sentuhan kepada anak2 muda peringkat bawahan. Kepimpinan pemuda bukan sahaja dilihat sebagai golongan elit tetapi 52% merencana gerakan anak muda seperti melepaskan batuk ditangga.
Teguran ini bukan sahaja melibatkan kepada Syed saddiq selaku menteri belia dan sukan tetapi keseluruhan kepimpinan pemuda PH diseluruh Negara. Kita perlua melihat jauh permasalahn pemuda dan mencari titik sentuhan yang boleh membuatkan pemuda disegenap lapisan dan kaum bersama dan menyokong PH.
Perlu diingat bahawa, pimpinan pemuda atasan Pakatan Harapan banyak bermain politik atasan sehinggakan lupa kepada politik anak muda peringkat bawahan yang menyebabkan anak2 muda mula muak dan menjauhi pimpinan pemuda.
Syed saddiq dilihat lemah dan tidak pernah mengambil peduli kepada pimpinan komponen pemuda PH semenjak dilantik sebagai menteri belia dan sukan. Pengabaian ini akan menyebabkan kemerosotan sokongan diperingkat kepimpinan bawahan.
Kita lihat PRK Cameron Highand dan kaji serta selidik dan kita tanya diri kita, dimana pemuda pemuda PH yang bersama kita .Peratus yg paling lemah terutama melihat kepada saluran pemuda.Kebanyakannya pemuda bersama dengan BN dan PAS. Kita perlu cari punca dan solusi.
Jangan kita rasa , kita belajar tinggi dan petah berkata2 dan kita memandang rendah pada golongan pemuda. Tanpa pemuda, mana2 parti akan menjadi lemah dan rapuh.
Saya cadangkan adik Syed Saddiq mendekati pimpinan tertinggi komponen PH dan mencari jalan penyelesaian dalam mengukuhkan kekuatan pemuda dan menarik golongan anak muda bersama PH. Sentuhan kepada pemuda bukan sahaja perlukan kepandaian akademik ,kepetahan percakapan dan mempunyai jawatan tinggi tetapi sentuhan bawahan ini adalah meliputi pergaulan, kemesraan dan pelbagai cara yang boleh menarik golongan.
Rata2 lebih kurang 49% kepimpinan pemuda PH seluruh negara dilihat tidak mampu menarik golongan anak2 muda samada peringkat cawangan , kawasan atau peringkat negeri dan nasional.
Kita harapkan satu pembaharuan dilakukan oleh adik syed saddiq setelah memikul jawatan sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan.Tahniah diucapkan atas lantikan.
Perlu diingat, bukan semua pemuda adalah golongan elit.
Sulaiman ibrahim(LemanRL)
Aktivis Parti Amanah Negara
Mantan Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik
Bekas IKON Muda PAS