Syed Saddiq tekad bawa ‘politik baharu’, ketepi hinaan dan cercaan

Syed Saddiq tekad bawa ‘politik baharu’, ketepi hinaan dan cercaan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, yang juga antara ahli Dewan Rakyat termuda, bertekad membawa “politik baharu” walaupun berdepan pelbagai halangan politik.

Walaupun digelar “budak” dan “cucu” di Dewan Rakyat, Syed Saddiq memberitahu FMT, masih penting untuk menghormati rakan-rakannya yang lebih tua.

Bekas menteri ini belajar mengabaikan usikan itu dan membalasnya dengan kebaikan.

“Sekiranya anda merendahkan martabat ke tahap mereka, kemungkinan besar anda akan kalah kerana mereka pakar dalam politik sebegitu,” katanya.

Menghiraukan penghinaan itu, Syed Saddiq fokus berkhidmat kepada negara dengan melibat urus bersama masyarakat dengan idea, kepercayaan, dan prinsip yang lebih baik.

“Apabila anda tunjuk kepada masyarakat bahawa ini jenis politik baharu yang anda mahu bawa…bukannya tangani dengan politik peribadi, saya rasa ketika itulah anda dapat beri alternatif yang baik kepada rakyat, dan kemudian kita akan dapat maju bersama.”

Bagaimanapun, matlamat untuk maju mungkin terbukti sukar buat masa ini, dengan parti MUDA beliau masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Semalam, jawatankuasa penaja MUDA bersama 100 penyokong hadir ke ibu pejabat JPPM untuk menyerahkan surat tuntutan bagi menggesa pendaftarannya sebagai parti politik diluluskan dalam tempoh tujuh hari.

Surat tuntutan juga diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, menjadikan MUDA sebagai parti kedua yang mengambil tindakan undang-undang selepas parti Pejuang, yang cuba diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/22/dihina-dan-digelar-budak-syed-saddiq-tekad-bawa-politik-baharu/

COMMENTS