Syarikat Umrah sahkan Tuan Ibrahim pergi umrah ketika banjir sedang teruk melanda

Syarikat Umrah sahkan Tuan Ibrahim pergi umrah ketika banjir sedang teruk melanda.Multaqa al-Iman Travel Sdn Bhd mengesahkan Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man lengkap vaksin yang diwajibkan sebelum bertolak menunaikan umrah.

Pengarah Urusannya Mohd Nazri Ishak berkata, kenyataan yang tular di media sosial berkaitan salah seorang jemaah syarikat tidak vaksin adalah tidak benar dan ia berunsur fitnah.

“Pihak syarikat memastikan semua jemaah wajib melalui proses sebagai peserta umrah atau pengembara seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi,” katanya pada kenyataan hari ini.

Semalam sebuah laman berita mendakwa pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq mendedah terdapat individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah, namun tidak mendapatkan vaksin vaksin meningococal meningitis (MM).

Syarikat Umrah sahkan Tuan Ibrahim pergi umrah ketika banjir sedang teruk melanda

Menurutnya dalam laporan itu mereka termasuk Menteri Alam Sekitar dan Air.

Mohd Nazri juga berkata, syarikatnya menguruskan rombongan jemaah mengerjakan umrah seramai 26 orang yang turut disertai Tuan Ibrahim pada 19 Disember lepas.

“Pihak syarikat sudah membuat semakan dan perincian setiap jemaah berkaitan vaksin yang diwajibkan Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia seperti MM dan Covid-19,” ujarnya

BACA JUGA :Panas !!! Ustaz Abu Syafiq dedah Menteri Alam Sekitar tunai umrah tanpa vaksin
Misteri pemuda melayu jadi manusia pertama dalam sejarah keliling dunia kini terbongkar
Polis dedah kisah sebenar remaja ditangkap curi tabung masjid

Artikel ini disiarkan pada 14/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)