Syarikat tilam cari pekerja, gaji RM3,000 kerja hanya tidur

Syarikat tilam dalam talian serta peneraju kualiti tidur, Sonno sedang mencari Eksekutif Tidur yang akan dibayar RM3,000 untuk tidur 100 malam demi merungkai rahsia tidur lena, sebagai lanjutan daripada Kempen Sonno Sapots You syarikat berkenaan.

Selain wang, Eksekutif Tidur akan dihadiahkan satu tilam Sonno Queen Original serba baharu, dua bantal, satu set sarung katil dan satu bantal peluk.

Mereka dikehendaki menggunakan satu aplikasi penjejak tidur untuk menjejak tidur selama 100 malam di keselesaan bilik tidur sendiri.

Syarikat tilam cari pekerja, gaji RM3,000 kerja hanya tidur

Bersandarkan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dengan tidur yang lebih baik, syarikat akan menggunakan hasil penemuan sebagai input bagi memperbaiki produknya.

Permohonan sebagai Eksekutif Tidur bermula sekarang hingga 19 September ini. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada 1 Oktober nanti.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli, berkata tidur sangat kritikal dalam meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi dalam tempoh mencabar ini.

“Kami ingin mewujudkan kesedaran terhadap situasi ini, dan mencari ikhtiar sedaya mungkin bagi memperbaiki rutin tidur kita, yang diharapkan dapat meletakkan kehidupan kita kembali pada landasan yang betul.

“Jurutidur profesional ini kelak perlu memberitahu kami bagaimana pendemik mempengaruhi tidur mereka, dan bagaimana kami dapat membantu mereka tidur lebih lena.

“Selain mendokumentasikan kualiti tidur selama 100 malam, kami ingin melihat bagaimana produk kami dapat menyokong pelanggan kami dari segi tidur dan kesihatan mental dalam tempoh wabak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 2018, sekitar 35 peratus populasi Malaysia menderita gejala insomnia, manakala 12.2 peratus menghadap insomnia kronik yang diburukkan lagi akibat pandemik.

Berita Penuh : https://utusan.news/premium/2021/09/dapat-gaji-rm3000-dengan-tidur/

BACA JUGA : Panas !!! Sarjan Tentera dipecat kerana enggan divaksin bawa kes ke mahkamah