Syarikat rugi ratusan ribu beli minyak precatoria untuk hasilkan vaksin Covid-19

Hantar e-mel kepada syarikat yang disasarkan dan menawarkan penjualan minyak precatoria kepada syarikat tersebut.

Mana-mana syarikat yang berminat kemudiannya diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel.

Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan ahli sindiket gagal dihubungi.

Syarikat rugi ratusan ribu beli minyak precatoria untuk hasilkan vaksin Covid-19

Itulah modus operandi yang digunakan sindiket menjual bahan organik minyak precatoria yang didakwa mampu menghasilan vaksin Covid-19 dalam usaha memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, taktik itu dikesan selepas polis menerima lima aduan daripada mangsa yang mendakwa telah diperdaya sindiket itu melibatkan kerugian RM128,498.

“Menerusi siasatan, kita dapati kegiatan penipuan dalam talian itu menjual bahan organik minyak precatoria yang didakwa digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19 kepada beberapa syarikat di negara ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket penipuan yang cuba untuk menangguk di air keruh dengan menjadikan isu-isu berkaitan Covid-19 sebagai modal untuk meraih keuntungan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada berkenaan dengan kegiatan terbabit bagi mengelak daripada menjadi mangsa.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/rugi-rm128498-angkara-beli-minyak-hasilkan-vaksin/

BACA JUGA : Kekal di MITI : Azmin ucap terima kasih kepada Ismail Sabri