Syarikat jajan dari jepun minta maaf sebab naikkan harga sebanyak 8 sen

Syarikat jajan dari jepun minta maaf sebab naikkan harga sebanyak 8 sen. Baru-baru ni syarikat Jepun yang hasilkan snek Umaibo meminta maaf kepada orang ramai sebab terpaksa naikkan harga snek tu sebanyak 2 yen (8 sen) bermula April ini.

Mereka terpaksa naikkan harga bagi menampung kos material dan transport yang semakin meningkat setelah bertahan dengan harga yang sama, iaitu 10 yen (40 sen) selama lebih 40 tahun.

Syarikat jajan dari jepun minta maaf sebab naikkan harga sebanyak 8 sen

Sebelum ni pun syarikat pembuat ais krim Garigari-kun, keluarkan satu video advertisement di Youtube meminta maaf terpaksa naikkan harga ais krim sebanyak 10 yen (40 sen) sejak dilancarkan 25 tahun yang lalu. Menariknya dalam video tersebut, Presiden and CEO syarikat itu sendiri bersama-sama eksekutif syarikat tampil dalam video untuk meminta maaf atas kenaikan harga 10 yen tersebut.

Kalau perasan dekat Jepun ni ada banyak benda, mereka akan minta maaf walau kita rasa.. tak perlu pun. Kenapa?

Syarikat jajan dari jepun minta maaf sebab naikkan harga sebanyak 8 sen

Banyak faktor sebenarnya tapi saya kira salah satunya adalah budaya “malu” dan budaya “omotenashi” iaitu berikan hospitaliti dan pengalaman yang terbaik. Dalam kes ini mereka malu, sebab tak dapat nak pertahankan harga yang sama dan berikan harga yang terbaik kepada pelanggan seperti sebelum ini. Jadi mereka memohon maaf dengan bersungguh-sungguh untuk itu.

Memang complicated sebenarnya.

Tapi begitulah…

Sumber :

Baca Juga : Sajat takkan maafkan siapa yang fitnah dia bangkrap

Termenung panjang pemuda ini bila lihat beza gaji Engineer di Jepun dengan Malaysia

[Video] Lori zaman Jepun tanpa pemandu kah itu?

CATEGORIES