Syarat baru MRSM meresahkan ibu bapa dan pelajar sekolah agama

MRSM

Syarat baru MRSM meresahkan ibu bapa dan pelajar sekolah agama.Jawatankuasa Permuafakatan Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor menarik balik syarat kelayakan pemohonan kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Dalam surat kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Azizah Mohd Dun, jawatan berkuasa terbabit menggesa Mara memperhalusi keputusan mengenai syarat baru yang tertera di perkara 6 yang disifatkan adalah sangat pra-matang serta seolah-olah dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Iaitu, syarat Kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2022 merupakan calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6) atau sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.

Jawatankuasa ini meminta syarat pada perkara 6 perlu dipertimbangkan semula agar ianya ditarik semula demi kepentingan dan kebaikan bumiputera, anak-anak Melayu atas sebab-sebab yang berikut :

i. Anak-anak yang bersekolah bukan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) mahupun Sekolah Agama Menengah (SAM) adalah terdiri di kalangan B40, M40 dan T20 dengan peratusan yang sama atau hampir sama dengan Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan.

MRSM

ii. Anak-anak dari sekolah-sekolah SRAI contohnya adalah terbukti melahirkan pelajar-pelajar peringkat rendah yang cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Malah kemasukan pelajar-pelajar Tahun 1 ke sekolah-sekolah SRAI perlu melalui melalui Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

iii. Sekiranya pihak MARA ingin memberi keutamaan kepada pelajar luar bandar atau miskin bandar bagi melanjutkan pelajaran di MRSM, ianya boleh dilaksanakan melalui proses saringan peperiksaan dan temuduga seperti sebelumnya mengikut keutamaan atau kuota yang ditetapkan.

iv. Tindakan mensyaratkan permohonan ke MRSM untuk murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja dilihat sebagai satu tindakan terkebelakang kerana ianya hanya akan mengurangkan peratusan pelajar
berkualiti melanjutkan pelajaran di MRSM terutamanya MRSM Ulul Albab dan juga MRSM lain.

v. Ianya juga dilihat sebagai tindakan bertentangan dengan misi dan visi MRSM untuk membuka peluang pendidikan menengah bagi melahirkan pelajar bumiputera yang holistik, cemerlang dalam bidang akademik, sains dan teknologi dan keusahawanan. Institusi Pendidikan global seperti Harvard, Oxford, Sorborne,
Princeton menekankan pembinaan bakat pelajar daripada pelbagai latar belakang dan menghargai kepelbagaian.

“Kami amat mempercayai kebijaksaan YB Dato’ agar dapat mengkaji, mempertimbangkan, memperhalusi justeru menarik semula Perkara 6 dalam syarat kemasukan dan membenarkan semula murid-murid sekolah bukan kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan untuk memohon MRSM,” katanya.

Surat bertarikh 31 Ogos 2021 tersebut ditandatangani bersama 11 Yang dipertua PIBG SRAI di Selangor.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/ydp-pibg-srai-selangor-mohon-mara-tarik-balik-syarat-baru-ke-mrsm/

BACA: Panas !!! Pemimpin Umno digantung keahlian, Asyraf Wajdi buka mulut