Syahmi Sazli jual semua kereta kesayanganya, sekali netizen perasan sesuatu pula

Syahmi Sazli jual semua kereta kesayanganya, sekali netizen perasan sesuatu pula.

Selebriti youtube terkenal tanah air, Syahmi Sazli seringkali berjaya mencuri tumpuan ramai dengan filem pendek ciptaanya.

Pelakonnya Yoe Parey dan Asif membuatkan orang ramai tak kering gusi dengan ketelah lucunya itu.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

“Selamat jalan Jazz & Alphard. Terima kasih atas jasa sebelum ini,” demikian kongsi YouTuber popular Syahmi Sazli di hantaran video Instagramnya terbaharu.

Dalam video berkenaan, Syahmi akur untuk melepaskan dua buah kenderaan kesayangan yang banyak menyimpan nilai sentimental kepada pemilik baharu.

Malah, kereta jenis Honda Jazz berwarna kuning hitam itu juga antara kenderaan yang menjadi kesayangan dan punyai banyak kenangan buat isteri Syahmi, Nissa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Bagaimanapun, menerusi sepotong video di TikTok, Syahmi berkongsi pula kenderaan baharu miliknya yang dibeli bagi menggantikan dua buah kereta yang telah dijual itu.

Lebih mengancam dan seksi, model Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon itu berada di perkarangan kediaman Syahmi ketika ini, menandakan sudah menjadi miliknya.

Dalam video terbabit, Syahmi telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukarkan rim, grill dan head lamp baharu terhadap kenderaan baharu miliknya itu.

@syahmi_sazliAlhamdulillah..♬ original sound – Syahmi Sazli

Alhamdulillah..

Terdahulu, sekitar dua minggu lalu, Syahmi berkongsi sekeping foto berdiri bersebelahan G-Wagon hitam di sebuah kedai automotif.

“Ai, rasa nak buat hadiah cabutan bertuah kereta ni pula,” tulisnya berseloroh.

Syahmi Sazli jual semua kereta kesayanganya, sekali netizen perasan sesuatu pula

Mercedes-Benz G Class merupakan kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah antaranya fungsi urutan pada kerusi hadapan, stereng 18 inci, kemasan kulit dan banyak lagi.

Antara selebriti terkenal yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz G Class ialah Ranbir Kapoor, Arnold Schwarzenegger dan Megan Fox.

Berdasarkan carian kami di Internet, harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta.

Komen Netizen:

Syahmi Sazli jual semua kereta kesayanganya, sekali netizen perasan sesuatu pula

Tonton:

Baca:

“Dulu beli harga RM48 je, sekarang cincin ini bernilai RM3.75 Juta”

Orang ramai panik tengok ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan

Ini tarikh dan syarat untuk anda mohon keluar RM10K KWSP
[/bg_collapse]