Susulan video tular bantahan pihak kuil terhadap pihak berkuasa, Wan Fahysal kunjungi kuil terbabit.
Pemuda Gerakan amat kesal atas kejadian yang tercetus akibat salah faham antara pihak Kuil Wong Low Shen See Chee How dengan pihak berkuasa berkenaan dengan projek pembinaan jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah bersebelahan. Pada masa yang sama, kami berharap netizen untuk berhenti menyebarkan video berkenaan dan pernyataan yang tidak benar di media sosial bagi memastikan tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, Pemuda Gerakan berharap pihak yang terlibat dalam kejadian ini terus kekal bertenang dan bersikap rasional. Sekiranya menghadapi masalah penguatkuasaan undang-undang seperti ini, kita harus menyelesaikannya melalui saluran yang betul atau meminta pertolongan daripada wakil rakyat.
Sehubungan itu, Pemuda Gerakan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal atas keprihatinan beliau yang berkunjung ke tempat kejadian pagi ini untuk bertemu dengan wakil kuil tersebut bagi mengesahkan tuntutan dan mendengar masalah pihak terbabit.
Kita adalah sebagai satu keluarga, Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Kami percaya kejadian ini dapat diselesaikan segera secara praktis dan harmoni
Sumber: