Suruhanjaya Sekuriti tuntut penjelasan Azam Baki susulan pengakuan adik guna akaun

Suruhanjaya Sekuriti tuntut penjelasan Azam Baki susulan pengakuan adik guna akaun.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersama pihak-pihak yang terlibat perlu menjelaskan dan mengesahkan kenyataan yang telah dibuat serta mengemukakan bukti-bukti berhubung isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa.

“Di samping itu, Seksyen 29A SICDA mensyaratkan bahawa semua urus niaga dalam sekuriti seharusnya hanya dolaksanakan oleh pemilik benefisial sekuriti itu atau penama yang diberi kuasa,” kata SC dalam kenyataan semalam.

Semalam, Azam dalam sidang akhbarnya menjelaskan bahawa pemilikan saham yang mencetuskan kontroversi berlaku susulan adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham.

Kata Azam, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

BACA:

Umrah tangguh sebulan – Khairy
‘Just wait’…. Saman akan dibuat ke atas orang itu – Azam Baki
Video kesedaran rasuah SPRM ditempelak Persatuan Doktor

Artikel ini disiarkan pada 06/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)