Surat palsu : Hishamuddin bakal buat laporan polis

Surat palsu : Hishamuddin bakal buat laporan polis

Surat palsu : Hishamuddin bakal buat laporan polis. Menteri Luar, Hishammuddin Hussein akan membuat laporan polis berhubung surat sokongan tular yang mendakwa dirinya mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai perdana menteri.

Beliau berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis mengenal pasti dalangnya.

“Seperti dinyatakan Unit Komunikasi saya semalam, surat ini adalah palsu dan tidak benar.

“Satu laporan polis akan dibuat hari ini supaya siasatan segera dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang di sebalik tindakan yang amat tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam catatan di Facebook.

Semalam pasukan komunikasi Hishammuddin dilaporkan berkata, surat yang mendakwa Ahli Parlimen Sembrong itu mendapat sokongan Ahli Parlimen BN untuk memimpin kerajaan baharu adalah palsu dan menyifatkannya sebagai provokasi politik berniat jahat serta fitnah untuk mengelirukan orang ramai.

Surat itu turut memuatkan barisan anggota Kabinet yang diharapkan Hishammuddin, termasuk Darell Leiking daripada Warisan sebagai menteri pelancongan, seni dan budaya; bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar sebagai menteri air, tanah dan sumber daya alam; Azalina Othman Said sebagai menteri luar; bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri I merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri II merangkap menteri pertahanan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/24/hisham-akan-lapor-polis-berkait-surat-sokongan-palsu/