Suntikan AstraZeneca beri kesan sampingan kepada tulang belakang, dedah EMA

Suntikan AstraZeneca beri kesan sampingan kepada tulang belakang.Keradangan tulang belakang yang jarang berlaku dikenali sebagai mielitis disyorkan sebagai kesan sampingan tambahan terhadap suntikan vaksin COVID-19, AstraZeneca oleh panel keselamatan pengawal selia ubat-ubatan Eropah, semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa keselamatan Agensi Perubatan Eropah (EMA) juga mencadangkan amaran serupa bagi suntikan suntikan Johnson & Johnson pada Oktober lalu, dan mengulangi gesaan itu, semalam.

Mielitis melintang adalah menunjukkan sebelah atau kedua-dua belah saraf tunjang dan boleh menyebabkan kelemahan pada lengan atau kaki, gejala deria atau masalah dengan fungsi pundi kencing atau usus.

Mengulas mengenai perkara itu, jurucakap AstraZeneca bagaimanapun berkata, sehingga kini tiada mekanisme yang boleh mengesahkan mengenai kesan sampingan berkenaan.

Suntikan AstraZeneca beri kesan sampingan kepada tulang belakang, dedah EMA

“Sehingga kini tiada mekanisme yang dapat mengesahkan vaksin COVID-19 yang mana boleh menyebabkan yang jarang berlaku ini,” katanya.

Sementara itu, jawatankuasa EMA melalui semakan datanya menyimpulkan terdapat kemungkinan yang boleh diterima mengenai hubungan antara kedua-dua vaksin dan mielitis melintang.

Namun, pihaknya menjelaskan kesan manfaat kedua-dua vaksin itu masih kekal sama.

Baca Juga : 1,549 laporan kesan sampingan serius akibat vaksin diterima KKM

Agensi berita itu tidak menyediakan sebarang maklumat mengenai jumlah kes yang dilaporkan selepas vaksinasi diberikan namun menjelaskan mielitis dimasukkan ke dalam senarai tindak balas buruk yang tidak diketahui kekerapannya dalam maklumat produk.

Vaksin AstraZeneca sebelum ini berdepan beberapa masalah, termasuk pengeluaran pengeluaran dan siasatan oleh pengawal selia berikutan kesan sampingan luar biasa yang teruk seperti pembekuan darah dengan platelet rendah, sehingga menyebabkan beberapa negara menyekat atau menghalang penggunaannya.

Mielitis melintang juga adalah antara kesan sampingan dikesan pada peringkat awal pembangunan untuk kedua-dua suntikan AstraZeneca dan J&J, yang dibangunkan dengan teknologi yang sama.

EMA juga mengesyorkan kini maklumat produk untuk vaksin AstraZeneca mengenai pembekuan darah luar biasa dengan kiraan platelet yang rendah selepas suntikan pertama, namun lebih sedikit kesan sampingan yang diperhatikan selepas dos.

Terdapat 1,809 kes yang dipanggil trombosis dengan sindrom trombositopenia dilaporkan di seluruh dunia, dengan 1,643 dilaporkan selepas dos pertama dan 166 selepas dos kedua.

Baca Juga : Bekalan vaksin nak tamat tempoh jadi punca KJ tekan rakyat terima dos penggalak?
Lelaki ini bersyukur 3 hari hidup bersama jantung babi

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)