Sukarnya menjadi rakyat M40….

Sukarnya menjadi rakyat M40….

Terperangkap. Sudah berdekad negara tercinta kita terperangkap dalam jerat kelas pertengahan. Awas, Panjang❗ (5 bab).

Pada zaman ‘revolusi’ industri Malaysia tahun 1980an dahulu, yakni zaman Tun M, beliau amat menitik beratkan pembinaan kelas pertengahan.

Maka anak muda dihantar ke universiti baik di dalam negara mahupun luar negara.

Jurutera, doktor, arkitek, dan sebagainya banyak ditekankan dan dihasilkan. Industri berat dititik beratkan.

Maka lahirlah banyak ahli baru golongan kelas pertengahan. Inilah antara intipati kejayaan ekonomi Malaysia tahun 1990an dahulu.
.
#MasyarakatYangTerperangkap – Bab 2

Tapi sejak krisis ekonomi 1998, gear ekonomi Malaysia tersekat dalam gear 4. Gear lima tak cukup minyak. Macam transmissi Volkswagen.

Banyak rakyat kita tersekat di dalam kelas pertengahan. Tak banyak yang mampu graduate ke kelas T20.

Walaupun mereka berpendapatan lebih tinggi dari kelas B40, kebanyakan mereka sebenarnya ‘miskin bandar’.

Sejak zaman Dato Seri Najib lagi kita nampak golongan M40 ini agak di anak tirikan. Segala bantuan banyak tertumpu kepada golongan B40.

Semalam Tan Sri Muhyidin pun sama. Abe sempatlah tengok perutusan semalam.

Abe boleh nampak kerajaan cuba imbangkan ekonomi dan penyekatan penularan wabak made in China ini.

Tapi Abe perasan golongan M40 masih di anak tirikan. Abe faham perasaan golongan M40. I was from B40 then M40 now T20.

#KurangKasihSayangDariKerajaan – Bab 3

Padahal golongan M40 antara penyumbang hasil negara melalui pembayaran cukai.

Kenapakah tiada moratorium untuk golongan M40? Golongan T20 Abe faham kenapa tak dapat. They can survive sebab minda mereka bukan minda subsidi dah.

Tapi ada juga golongan T20 yang terkesan tapi golongan M40 perlu diberi belaan sewajarnya.

Kenapakah ini terjadi? Apakah golongan M40 tidak terkesan sangatkah?

Mungkinkah golongan M40 ini terdiri dari mereka yang makan gaji? Ada lock down pun gaji tetap jalan?

Tapi ada juga golongan M40 yang tidak makan gaji. Mereka pun mungkin terkesan teruk dengan lock down ini dan hilang punca pendapatan.

Tapi kalau tak silap Abe anda boleh pergi je ke bank merayu minta pengurangan ansuran. Rakan Abe golongan M40 pernah buat.

Kalau anda betul-betul terkesan, eloklah anda mohon bantuan bank kurangkan ansuran. Itu lebih baik dari tak ada apa-apa langsung.

#AndaHarusKeluarDariKepompongIni

Yang pastinya, selepas lock down ini, anda golongan M40 kena cari jalan untuk keluar dari perangkap M40 ini.

Anda perlu jadi golongan T20. Mungkin sudah tiba masanya anda duduk berbincang dengan pasangan anda hari ini.

Bincanglah pelan untuk anda sekeluarga keluar dari kepompong M40 ini.

Itulah yang Abe dan isteri Abe buat pada tahun 2000an dahulu.

Abe kata, “Sayang, cukup-cukuplah kita berdua jadi golongan kelas pertengahan. Awak berhenti kerja kerajaan buka klinik gigi sendiri dan saya berhenti kerja Proton kerja industri yang lebih lumayan.

Kita mesti jadi golongan T20. Kita buat demi anak-anak kita. Orang lain boleh buat, kenapa tidak kita tapi kita kena hadapi risiko turun naiklah atas keputusan ini.”

Itu ialah perbualan sebenar kami. Alhamdulillah sejak tahun 2010 lagi kami telah menjadi golongan T20. Tapi T20 ni pula ada banyak level pula.

Tapi once anda dapat lepasi jerat kelas pertengahan, anda akan dapati agak mudah untuk anda naik ke level T20 yang berbeza-beza itu.

Ini kerana minda kelas pertengahan anda sudah pun tiada. Anda mempunyai minda T20 pula.

#MoralOfTheStory

Maka ayuhlah kita duduk semeja dengan pasangan kita di hari pertama Total Lock Down ini.

Bincangkan dan tulislah di atas kertas niat anda untuk membebaskan diri dari jerat kelas pertengahan ini.
Inshallah, If You Can Dream It, You Will Achieve It. Until Then, Happy Upgrading Your Family Into T20 Social Class, It Is Your Destiny
Abe Nazz Zain
– Pernah duduk rumah flat dan pandu Perodua Kancil Manual demi masa depan keluarga yang telah pun tiba hari ini.

Sumber: