Sudah-sudahlah sembang politik, Syed Saddiq sekolahkan Annuar Musa

Sudah-sudahlah sembang politik, Syed Saddiq sekolahkan Annuar Musa

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merayu kepada Tan Sri Annuar Musa supaya berhenti seketika berpolitik pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasas parti Muda itu meminta Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan melupakan seketika perihal UMNO sebaliknya mendengar rintihan rakyat yang sengsara hidup dalam persekitaran pandemik Covid-19.

“Salam @AnnuarMusa.Percayalah rakyat tidak kisah jika UMNO pecah tiga atau empat malah lima.

“Mereka (rakyat) nak Moratorium, KWSP dan bantuan tunai,” katanya mewakili suara rakyat ketika ini.

Syed Saddiq juga menyeru penghantaran makanan juga tidak wajar dihadkan sehingga jam 8 malam sahaja kerana ia merugikan peniaga kecil.

Malah beliau turut mempersoalkan, pelajar SPM dan STPM dari kawasan zon merah Covid-19 telah dibenarkan ke sekolah namun, apa nasib mereka?

“Tolong mereka, Tuan! Rayu Syed Saddiq kepada Annuar.

Beliau merujuk kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional itu yang mengakui parti Melayu terbesar itu sudah berpecah kepada tiga kumpulan.

Dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Ahli Parlimen Ketereh itu mengakui, kelompok berkenaan terdiri daripada kumpulan yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan yang berada di tengah-tengah.

Tidak ketinggalan, kata beliau, wujud juga kumpulan dalam UMNO yang menerima kerjasama dengan parti pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu. –ST

COMMENTS