Sudah lebih 9 juta rakyat Malaysia lengkap vaksin

Sudah lebih 9 juta rakyat Malaysia lengkap vaksin. Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 rakyat di negara ini sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitter, berkata, seramai 16,119,916 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 25,366,211 dos.

“Sebanyak 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

lebih

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

lebih

Program inokulasi itu dilancarkan 24 Februari lalu, bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/849768/lebih-9-juta-rakyat-malaysia-lengkap-divaksin

BACA: ‘Penunggang Agama’ : Itulah wajah sebenar mereka