Sudah bayar wang jaminan tapi ibu tunggal tetap kena tidur lokap

Sudah bayar wang jaminan tapi ibu tunggal tetap kena tidur lokap

Sudah bayar wang jaminan tapi ibu tunggal tetap kena tidur lokap.Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dikatakan digari dan ditahan semalaman di lokap balai polis walaupun sudah membayar wang jaminan berjumlah RM500.

Saroja Devi Krishnan didakwa di Mahkamah Majistret di sini selepas anjingnya menyerang dan mencederakan seorang jiran pada Julai lalu.

Bagaimanapun anaknya Rangitha Gobi, 22, berkata, Saroja terpaksa bermalam di lokap malah memakai pakaian reman akibat kegagalan anggota polis mengesahkan jaminan yang ditetapkan mahkamah sudah dibayar walaupun dia menunjukkan resit sebagai bukti.

Rangitha berkata, hanya selepas campur tangan majistret Adibah Kadir yang prihatin, barulah ibunya dapat pulang ke rumah pada keesokannya. Jika tidak, katanya, wanita itu terpaksa menghabiskan hujung minggu dalam lokap.

Adibah pada Jumaat lalu mendenda Saroja Devi RM2,000 selepas wanita itu mengaku salah atas tuduhan cuai mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Saroja, seorang tukang masak dengan tujuh anak, merayu supaya diberikan denda lebih ringan, seterusnya mahkamah membenarkan jaminan RM500 sehingga 25 Oktober ini.

Rangitha berkata, mimpi ngeri ibunya bermula sebaik prosiding itu selesai.

 bayar

“Polis terus menggari ibu di dalam kamar mahkamah dan berhenti bersamanya di depan sekumpulan wartawan sebelum membawanya ke balai polis. Selepas 40 minit, seorang pegawai mahkamah menyuruh saya membayar wang jaminan secara dalam talian.

Bukti bayaran jaminan yang dibuat dalam talian.
“Saya membayarnya pada 12.38 tengah hari ketika mahkamah berehat. Seorang polis mahkamah memaklumkan ibu saya akan dibebaskan.

“Apabila ibu tidak pulang pada jam 4 petang, saya menghubungi polis untuk mengetahui sebabnya,” katanya kepada FMT.

Rangitha berkata, anggota polis berkenaan memaklumkannya dia perlu menunggu sehingga Isnin untuk “surat pelepasan” daripada mahkamah walaupun dia telah menunjukkan resit bayaran.

“Saya pergi ke mahkamah keesokannya, mujur ia dibuka walaupun ketika itu hari Sabtu. Puan Adibah begitu baik hati menemui saya malah terkejut ibu masih dalam tahanan.

“Beliau mengarahkan polis membawa ibu ke mahkamah dan terus melepaskannya. Malah Puan Adibah memohon maaf kepada ibu bagi semua yang bertanggungjawab. Kami benar-benar berterima kasih kepadanya,” katanya.

Seorang anggota polis yang enggan dinamakan mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung isu itu.

Sementara itu, peguam S N Nair mengecam kejadian itu sebagai “mengarut”.

“Suspek patut dilepaskan sebaik polis melihat dokumen sahih bahawa jaminan telah dibayar. Apa yang mereka lakukan kepadanya adalah satu penahanan salah.

“Mujur majistret bertindak dan dia tidak menghabiskan dua malam lagi dalam lokap,” katanya.

Beliau menyifatkannya sebagai mengejutkan apabila wanita itu diarahkan memakai seragam reman dan ditahan semata-mata untuk kes yang mudah, seterusnya meletakkannya dalam risiko dijangkiti Covid-19.

“Bukit Aman perlu mewujudkan SOP baharu dalam kes seperti ini bagi mengelak individu ditahan secara salah.

“Ini juga satu salah guna kuasa,” katanya.

Beriata Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/13/dah-bayar-jamin-tapi-ibu-tunggal-terpaksa-tidur-di-lokap/

BACA: Mou : Parlimen tidak akan dibubarkan hingga 31 Julai tahun depan