Suami isteri tidak lengkap vaksin dikompaun RM2,000 selepas cuba rentas negeri

Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas diperiksa dalam satu sekatan jalan raya di Inas, Jalan Kulai – Kota Tinggi.

“Semalam kita telah kompaun sepasang suami isteri yang didapati merentas negeri tanpa vaksin lengkap.

Suami isteri tidak lengkap vaksin dikompaun RM2,000 selepas cuba rentas negeri

Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap, pada Isnin. – Gambar hiasan

 

“Pasangan ini dipercayai bergerak dari Perak menuju ke Kulai menggunakan Jalan Inas. Nilai kompaun adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Hussin berkata, pasangan berkenaan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, usaha sedemikian akan terus dilakukan menerusi pemantauan dengan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar daerah ini.

“Pihak kami akan terus menjalankan operasi dan nasihat akan sentiasa diberikan kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.

BACA JUGA : Isu arak Timah : Hak bukan Islam minum arak ‘juga perlu dilihat’ – Tuan Ibrahim

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Suami isteri tidak lengkap vaksin dikompaun RM2,000 selepas cuba rentas negeri […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Suami isteri tidak lengkap vaksin dikompaun RM2,000 selepas cuba rentas negeri […]