“Suami buat perangai, dia tergamak ceraikan aku demi janda anak lima, rupanya dia nak makan duit pencen janda tu”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Aura seorang wanita yang sudah memasuki usia dewasa kerap menarik perhatian dan kagum ramai lelaki.

Maka, tidak menghairankan jika lelaki muda seringkali tertarik kepada wanita yang lebih tua kerana kematangan dan pengalaman yang dimiliki.

Namun, kadang-kadang fenomena ini membawa kepada kegilaan, terutamanya apabila lelaki yang sudah berkeluarga

"Suami buat perangai, dia tergamak ceraikan aku demi janda anak lima, rupanya dia nak makan duit pencen janda tu"

Mereka emilih untuk menjalin hubungan dengan wanita yang sebaya dengan mereka, walaupun sudah mempunyai isteri yang jauh lebih muda.

Sebuah kisah tragis berkaitan dengan keadaan ini muncul melalui perkongsian di media sosial. Seorang wanita berusia 38 tahun mengalami kesedihan apabila suaminya yang berusia 55 tahun terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang rakan sekerja yang juga seorang janda berusia lebih separuh abad.

“Wanita ini ada hubungan sulit dengan rakan pejabat, seorang janda berusia 52 tahun yang mempunyai lima orang anak. Tak tahu apa yang ada pada suaminya, sungguh pelik,” kata seorang wanita yang berkongsi kisah ini tanpa mendedahkan identiti.

Wanita itu mendedahkan bahawa suaminya dengan jelas memilih untuk berkahwin dengan janda tersebut dan bahkan sudah memiliki dua anak daripadanya. Meskipun isterinya, yang masih muda, meminta suaminya membuat pilihan, suaminya memilih untuk meninggalkannya demi janda yang berusia 52 tahun itu.

“Kenapa zaman sekarang, bini berusia 38 tahun, kau kejar janda anak lima. Tapi disebabkan apa, dia nak pencen. Konon kau nak tumpang kesenangan. Si janda pun rasa ‘aku laku lagi’, ada orang nak… laki orang,” ujarnya dengan nada kesal.

Walaupun isteri itu sudah berusaha berbincang dengan suaminya dan skandal tersebut, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil. Beberapa netizen yang berkongsi pengalaman serupa juga menyuarakan keputusan perpisahan sebagai jalan penyelesaian dalam keadaan yang serupa.

Situasi ini membuka ruang perbincangan dalam kalangan netizen, yang merangkumi pandangan bahawa selain daripada faktor pencen, penampilan yang lebih muda dan menarik mungkin menjadi daya tarikan tambahan.

“Dah akhir zaman. Janda vogue kot. Lelaki sekarang suka perempuan berumur, tapi kalau saya seram lelaki muda nak yang tua. Zaman sekarang, orang nak kejar ATM (berduit). Tak hairan sangat dah,” komen seorang netizen.

BACA: “Dah 6 tahun abang meninggal accident, punca kemalangan aku simpan sorang, aku takut nak dedah kat ayah”