Strategi Pas untuk menang PRU15 dikongsikan Hadi

pas

Strategi Pas untuk menang PRU15 dikongsikan Hadi.Pengarah Institut Strategi Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsikan taktik untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata hal tersebut dikongsi dalam pertemuannya dengan Hadi selama lebih sejam petang tadi.

“Alhamdulillah. Bertemu Tuan Guru Presiden yang disayangi petang ini selepas Asar di Rusila bagi menadah panduan dan nasihat kerja berjamaah seterusnya untuk memperkasakan lagi Pas.

“Pertemuan selama sejam lebih dipenuhi dengan perkongsian oleh Tuan Guru strategi untuk lonjakan Pas pada PRU akan datang, juga sedikit panduan untuk tugasan sebagai Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak dan Pengarah Institut Strategi Pas Pusat,” kata Khairuddin menerusi Facebook malam ini.

Khairuddin Aman Razali
Untuk rekod, bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu digugurkan daripada dilantik untuk menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Ismail Sabri.

Tempat Khairuddin tersebut kemudiannya digantikan oleh Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dari Bersatu.

Pas pada masa ini menyumbang 18 kerusi Dewan Rakyat untuk kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang dijenamakan Ismail Sabri.

pas

Pas kini mempunyai tiga menteri dan lima timbalan menteri dalam Kabinet XXL yang diterajui Ismail Sabri dengan ulamanya berpendapat saiz besar jemaah menteri itu perlu kerana ramai orang gila di negara ini.

Sepanjang tempoh 17 bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Mahiaddin Yassin, Pas dilihat mesra Bersatu walaupun telah membentuk Muafakat Nasional (MN) dengan Umno melalui pemeteraian pada 14 September 2019.

Pas setakat ini dilihat ‘berjaya’ dengan pendekatan politik bermain dua ‘kolam’.
Namun, menjelang penamaan Perdana Menteri baharu dengan ura-ura Ismail Sabri iaitu Naib Presiden Umno sebagai pengganti Mahiaddin, pemimpin Pas kembali menyeru kembali permuafakatan siasah dengan parti itu.

Sikap Pas yang berada dalam dua gabungan parti politik iaitu MN dan PN itu mengundang tanggapan bahawa Pas bermain dua ‘kolam’ serta cuba mengambil peluang dalam proses rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum PRU ke-15 (PRU-15).

Pas bagaimanapun menganggap partinya sebagai penyatu dengan menegaskan usaha memperkasa MN dan mempertahankan PN.

Pendekatan berbaik dengan Mahiaddin dan PN sebelum ini membolehkan Pas kembali menganggotai barisan jemaah menteri Kabinet selepas 43 tahun bergelar pembangkang.

Pas kali terakhir berada dalam Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan campuran Perikatan dari 1973 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977.

Dalam kerajaan PN yang bertahan sehingga 16 Ogos lalu, seramai lapan daripada 18 Ahli Parlimen Pas dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/hadi-kongsi-strategi-untuk-lonjakan-pas-pada-pru-15/

BACA: Komponen BN dilapor beri ingatan agar Ismail Sabri jangan telan bulat-bulat keputusan MT Umno