Strategi capai Herd Immunity perlu diubah, tumpu kepada yang betul-betul berminat dahulu

Strategi capai Herd Immunity perlu diubah, tumpu kepada yang betul-betul berminat dahulu

Ini yang aku cakap dalam point no.2 status aku semalam. Tak perlu nak buat satu waktu khas untuk rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun cucuk Vaksin.

Target kita, Herd Immunity. Siapa nak cucuk, kita bagi sahaja. Ada yang sudah register dari bulan Mac, sampai sekarang tak dapat apa-apa update. Kesian mereka yang bersungguh-sungguh ini. Kerajaan beri tumpuan pada puak-puak yang nak cucuk ini. Yang dok rajin tumpu pada yang tak mau cucuk vaksin, pasaipa tah?

Dan, sebenarnya aku rasa, jumlah pendaftaran yang rendah dikalangan orang tua ini adalah kerana website nak register itu macam haram jadah. Masuk-masuk tak dapat. Kawan aku yang muda-muda pun fed up dengan website berharga RM70 juta ini. Ntah bangang mana yang dapat tender.

Pakcik dan Makcik ini, kau dah tahu tak berapa mahir IT, patutnya kau registerlah siap-siap. Automatik. Tak payah dah depa kena masuk ke website slow hangpa tu. Bagitau sekian-sekian tarikh, untuk depa mai cucuk.

Data ada kan? Boleh pakai Daftar Pemilih Pilihanraya, Data Pencen, Data KWSP atau apa-apa data yang ada. Depa ini dah 60 tahun. Takkan negara yang mengangkat IT sebagai Agenda Baru Negara Malaysia Melangkah Ke Cyberjaya tak ada data rakyat yang berumur 60 tahun ke atas?

Permudahkan urusan depa. Jangan masa mengundi ja hangpa gigih pi cari sampai ceruk kampung. Aduh, benda mudah sangat kerajaan, tak payah nak ada Timbalan Menteri sampai 70 orang.

Sumber :