Steven Sim berkayuh basikal dengan Raja Muda Perlis pula sampaikan sumbangan

Steven Sim berkayuh basikal dengan Raja Muda Perlis pula sampaikan sumbangan

Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, atas perkenan Tuanku menjemput patik mengiringi kayuhan menyerahkan bantuan kepada asnaf di sekitar Perlis.

Ini kali kedua saya berpeluang berbasikal bersama Tuanku. Sambil membantu golongan susah, dapat juga menikmati pemandangan yang indah di negeri Perlis.

Saya boleh nampak Tuanku begitu disayangi rakyat kerana sering turun padang menyantuni masyarakat tanpa banyak protokol. Pelbagai masalah rakyat berjaya diselesaikan apabila Tuanku sendiri turun padang.

Cara Tuanku mendekati rakyat menjadi inspirasi kepada saya. Jika Raja Muda sendiri turun padang, sebagai wakil rakyat lagi-lagilah saya patut mengikut jejak Tuanku untuk berkhidmat kepada rakyat.

Saya berjanji kepada Tuanku bahawa saya akan terus berusaha membantu semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Tuanku selalu menekan kepada keharmonian kaum dan agama. Begitulah Institusi Raja negara kita menjadi perekat sosial ataupun “social glue” menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. ❤️

Saya sempat menyerahkan 50 buah laptop untuk diberikan kepada para pelajar di sekolah-sekolah di negeri Perlis. Dengan pengumuman terbaru kementerian pendidikan untuk kembali kepada pembelajaran online, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu anak-anak kita dalam pelajaran mereka.

Sumber :