Status birthday anak Tg Zafrul dipenuhi komen minta pengeluaran RM10 ribu KWSP

Status birthday anak Tg Zafrul dipenuhi komen minta pengeluaran RM10 ribu KWSP. Status terbaharu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai ulang tahun ke-10 kelahiran anaknya di Facebook mendapat ribuan reaksi di ruangan komen oleh netizen.

Paling menonjol adalah komen berikut: “Mohon luluskan pengeluaran RM10k one-off KWSP”.

“Tak minta banyak, minta luluskan 10k (RM10,000) one-off je,” tulis Mohd Zaihasrul.

Begitu juga tulis Ezan Izan: “Pandanglah kami rakyat yang kerdil ini, kami mahu 10k one-off”.

Muhammad Fadhil Ghazali juga menulis: “Luluskan 10k untuk hari jadi anak Tengku yang ke 10 tahun, sebagai hadiah untuk rakyat Malaysia”.

Yusseri Yus menulis: “10th (ulang tahun ke-10) bersamaan dengan 10k KWSP”.

Lain pula tulis Khaliq Que yang memberitahu dia kini sudah tiada pekerjaan.

“Luluskan RM10k KWSP, saya pun nak sambut birthday ibu tapi saya tiada kerja sekarang ini,” katanya.

BACA: Jemaah Umrah tak divaksin, kenyataan Khairy dipertikai MATTA

PKP bakal dilaksana kembali menjelang Aidilfitri?

Artikel ini disiarkan pada 09/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)