SPRM perlu siasat segera dakwaan cuba beli MP untuk sokong Muhyiddin

SPRM perlu siasat segera dakwaan cuba beli MP untuk sokong Muhyiddin

Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa SPRM menyiasat dakwaan cubaan untuk membeli ahli parlimennya.

Ini selepas beberapa ahli parlimen pembangkang menerima pesanan teks yang menawarkan habuan serta jawatan bagi memberi sokongan kepada kerajaan.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan secara serius, memandangkan kejadian-kejadian serupa pernah berlaku kepada ahli-ahli parlimen pembangkang sebelum ini.

sprm

“Sekiranya SPRM gagal berbuat demikian ini hanya membuktikan dakwaan bahawa agensi Kerajaan diperalatkan sebagai senjata politik demi survival politik pihak tertentu dan bukannya mendaulatkan undang-undang,” kata satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Semalam, sekurang-kurangnya tujuh ahli parlimen pembangkang mendedahkan mereka menerima mesej tawaran lumayan untuk mereka berpaling tadah.

Ini terjadi ketika PN terus dibayangi krisis sokongan majoriti menjelang sidang parlimen September depan setelah sekumpulan ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka.

Para pemimpin PH mendakwa ia cubaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengekalkan kuasa walaupun diragui keabsahan pentadbirannya.

“Oleh itu, kami menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin mesti letak jawatan segera, atau memanggil sidang khas parlimen sekarang untuk membahas dan memutuskan usul undi percaya dalam masa terdekat.

“Jangan gunakan masa sehingga September untuk “membeli” sokongan dengan pelbagai taktik yang tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang,” kata PH.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586373

BACA JUGA : Panas !!! Jajaran baharu libatkan 4 blok demi kestabilan politik