SPRM dakwa permohonan Najib dapatkan lebih banyak dokumen 1MDB tidak relevan

SPRM dakwa permohonan Najib dapatkan lebih banyak dokumen 1MDB tidak relevan

Permohonan Najib Razak bagi memaksa agensi penguatkuasaan menyerahkan dokumen tambahan untuk mempersiapkan pembelaannya dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB tidak relevan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam afidavit yang dilihat oleh FMT, pegawai penyiasat SPRM Aida Arifin berkata, bekas perdana menteri itu cuba merosakkan kredibiliti bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz, yang juga merupakan saksi pendakwaan.

“Bukan Zeti yang dibicarakan, tetapi tertuduh (Najib). Najib boleh memeriksa balas Zeti apabila beliau memberi keterangan. Mahkamah yang akan menentukan kredibiliti saksi pendakwaan pada akhir kes pihak pendakwa,” kata Aida.

Beliau berkata, melalui tiga saksi pendakwaan setakat ini, pembelaan Najib hanya mendedahkan bahawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, beliau diperdaya oleh ahli perniagaan yang diburu Low Tek Jho atau Jho Low.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/03/permohonan-najib-dapatkan-lebih-banyak-dokumen-dalam-kes-1mdb-tidak-relevan-kata-sprm/