SPR terima pemakluman pembubaran DUN Melaka, PRN bakal diadakan dalam tempoh 60 hari

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN negeri itu penggal ke-14, hari ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Justeru, kata beliau, berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka berkehendakkan suatu pilihan raya negeri (PRN) hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu.

SPR terima pemakluman pembubaran DUN Melaka, PRN bakal diadakan dalam tempoh 60 hari

AKTA lompat parti dapat mengembalikan semula mandat kepada rakyat yang memilih parti berbanding calon. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengisytiharkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa semalam.

Beliau memaklumkan keputusan yang dibuat Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/prn-melaka-dalam-tempoh-60-hari-spr/

BACA JUGA : Terkini !!! Sah Dun Melaka dibubarkan

COMMENTS

Wordpress (0)